I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Tuesday, 22 November 2011

Semangat anak malaysia!

Hari tu kan ada perlawanan bola sepak yang menentukan emas antara pasukan INDONESIA dan MALAYSIA.Mesti korang semua tonton televisyen sama ada di rumah atau di kedai makan.Itu lah semangat kita sebenarnya,walaupun kita tak tengok di stadium indonesia.Walaupun dari jauh,kita tetap menyokong dan sentiasa mendoakan kejayaan pasukan MALAYSIA.Apatah lagi yang sanggup mengeluarkan banyak wang untuk membeli baju untuk keluarga mereka.Ada juga yang sanggup pergi ke apa nama tu? lupa pulak! nanti kalau saya dah ingat saya tulis di sini.Mereka sanggup datang dari jauh untuk menonton perlawanan dengan tuan rumah untuk sukan sea tahun ini,meraka juga meraikannya dengan begitu meriah apabila dinobatkan sebagai penerima pingat emas.

Selepas itu,ada juga yang sanggup menunggu pasukan malaysia pulang di LCCT untuk menyambut kepulangan mereka walaupun jam pada waktu itu menunjukkan 2:30 pagi!. Apa pun,tahniah la buat SKUAD HARIMAU MUDA kerana memenangi pingat emas yang menjadi kebanggan negara kita... :D .Dan diharapkan juga supaya berlatih bersungguh-sungguh untuk berlawan dengan negara SYRIA nanti. GUD LUCK!!!!

No comments:

Post a Comment