I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Friday, 6 January 2012

Pantai Morib.. :)

Okey,,saya dah janji,kan nak upload gambar kat Morib.. tngok la..


yang gambar saya je yang sempat upload,,, sorry la.. nanti saya upload lagi,eh?

Friday, 30 December 2011

Pergi keluar.. :)

Akhirnya.. dapat jugak saya keluar dari rumah.Bukan larikan diri.. Tapi hari ni saya kena pergi Pantai Morib sebab ada Hari Keluarga.Asalkan dapat pergi keluar walaupun tak best kat Pantai Morib tu.... Boring kot duduk kat rumah je.Hari ni bebas sikit.Hua3 :D
Nanti saya upload gambar kat Pantai Morib tu,ye?
Happy holiday everyone..
Habiskan la 3 hari ni dengan keluarga korang..
Kalau dah sekolah,tak boleh nak keluar sangat,kan? >.<

Monday, 26 December 2011

Batak!!

Ouhh,,baru la saya tahu yang orang couple ni suka gebang2 pasal awek dia.Seperti pakwe kakak saya yang cerita pasal kakak saya kat sepupu dia,kawan dia la... Mula2,saya buat tak kisah je.Tapi, bila saya tengok orang lain pon sama,saya baru terfikir yang orang couple ni bangga gila dengan pasangan masing2.Pastu,tak payah la sampai nak komen,like2.Orang lain meluat tau tak?? Saya pon meluat gila tengok pakwe kakak saya tu.Tak habis2... Lantak la.. Sekarang ni boleh la korang bangga2 kan korang punya pasangan.Tapi,nanti bila dah tau perangai sebenarnya,menyesal pulak... :/

Wednesday, 21 December 2011

Congratulation!!!


Okey,,tahniah kepada sepupu saya yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR.Akma Adhuwa mendapat 8A dan Intan Syuhada mendapat 5A.Pandai kan diaorang?? tak tau la saya macam mana tahun depan.. Hope dapat kalahkan diaorang.HEeeew~

Saya nak dapat 9A.Sekaligus,dapat kalahkan kakak saya yang selalu ibu bangga-banggakan.Hishh,,jeles pulak.. okey,,saya nak dapat 9A.

Tunggu saya next year... Kbye~

Gila!!!

Tengok,,saya dah gila.Tulah...seboleh-bolehnya,saya tak nak tengok cerita Vanila Coklat sebab nanti saya terpikat dengan Aiman.HEee~
Masa mula-mula dia masuk Mentor pon saya dah minat kat dia.Tapi,bila dia dah keluar saya dah lupa sikit pasal Aiman.
Tup-tup! muncul pulak kat cerita yang sweet ni.Haisyyh,,terus terpikat.Tapi saya tak suka Izara berlakon sebab dia tak pandai sangat berlakon.Nada suara dia macam kurang ajar.Takpe lah,,nanti mesti Izara akan belajar lagi.
Lepastu,muka Aiman tu akan menyebabkan saya fikirkan orang lain.Tulah menyampah nak tengok cerita tu.Tapi,apakan daya.... dah terminat.Minat je la... Tak salahkan??  :D
Cuba tengok DP fb saya.Sama kan..
Saya dah GILA!!!!
ARGHHHH!!  ^_^

Saturday, 17 December 2011

OMG!! : perkahwinan gay..

Mamat ni bernama A_ _ _ _A_ _ _ _ _ R_ _ _ _ _ yang merupakan pelajar tajaan Petronas dalam bidang perubatan.Beliau ni bekas penuntut University College Dublin.Keluarganya pernah melaporkan yang anak mereka ni hilang di Dublin.Tapi Utusan melaporkan yang beliau ni berada dalam keadaan selamat.Alhamdulillah la kan.

Tapi hasil dari maklumat yang didengar,beliau ni bukan hilang,tapi dah berkahwin di Dublin.Tapi bukan dengan minah salleh,,MAT SALLEH yang bernama J_ _ _ _ _ _ _  biar betul???? beliau tu memang melayu islam,,ish3...

Korang tengok la sendiri gambar-gambar kat bawah ni.Tak tau la betul ke tak.Harap-harap berlakon je.Tapi gambar ni macam edit pon ada.Tapi, perempuan tu siapa pulak?? pening.. bukan nak malukan beliau.Tapi,nak jadikan iktibar dan berkongsi berita dengan korang semua.Harap gambar ni tak benar.Naauzubillah..




p/s[FIXED] Memang hebat la siapa yang edit gambar jadi macam gambar kat atas ni.Kalau tengok betul-betul,memang nampak macam ada kesan edit seperti pencahayaan kat muka.Sorry la kalau salah.Sebab saya tak pro pasal photoshop ni.Bukan nak back up orang ni.Tapi,saya tak nak tuduh tanpa bukti yang kukuh.Kalau la betul gambar ni di edit,macam mana?? ish3... korang fikir la sendiri. :D

Saya nak mengucapkan terima kasih kat orang yang buat blog pasal ni.Saya just copy darinya.So,korang mesti berterima kasih kat orang tu,ea? http://akustressgiler.blogspot.com/2011/12/omg-perkahwinan-gay-pelajar-tajaan.html

Friday, 16 December 2011

Sedih :'(

Hari ini,jiran saya telah kembali ke rahmatullah.Dah lama arwah tinggal dekat hospital sebab sakit TIBI.Saya rasa sedih gile sebab arwah la yang paling baik dengan keluarga saya.Tak sangka pulak arwah akan pergi secepat ini.Semua ini takdir tuhan,kan.Kita tak mampu merubah apa2.Hanya doa yang boleh kita sedekahkan kepada arwah.Semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.AMIINNN...